Jika sebelum ini, Honda Malaysia telah menawarkan model Jazz Hybrid dan City Hybrid dengan teknologi i-DCD, kini Honda Malaysia kembali menghangatkan pasaran dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD.

Seperti yang kita sedia maklum, Honda Malaysia telah menjadi perintis yang membawa teknologi hibrid ke Malaysia sejak tahun 2004 lagi dan telah menjadi pengeluar kenderaan pertama yang menghasilkan model hybrid dalam negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelancaran model baru ini juga telah menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang menawarkan sistem hybrid pintar Dual-Clutch drive (i-DCD) pada sebuah SUV selain untuk pasaran Jepun.

HR-V Sport Hybrid i-DCD ini mempunyai kuasa enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan gabungan kotak gear klac berkembar 7 kelajuan dan Intergrated High Power Motor yang dibantu oleh bateri lithium-ion di mana ianya mampu menawarkan kuasa seperti enjin bersesaran 2.0 liter serta sistem yang ada pada model ini juga dapat membolehkan kenderaan itu menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dalam Mode EV.

Honda-HR-V-hybrid-2019-mekanika1 Honda-HR-V-hybrid-2019-mekanika2 Honda-HR-V-hybrid-2019-mekanika4

Selain model hibrid, Honda Malaysia turut memperkenalkan varian RS. Ini merupakan kali pertama model RS dilancarkan di Malaysia. Setakat ini, lebih 4,600 unit HR-V baharu sudah ditempah.

Apa yang menariknya disini, model pertama HR-V RS yang dilancarkan di Malaysia ini dilengkapi sistem Variable Gear Ratio (GVR) yang menawarkan pemanduan lebih sporty dengan janaan enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang turut dipadankan dengan kotak gear CVT.

HR-V RS ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang menarik seperti kamera under multi sudut, tempat duduk kuasa (V& RS), tempar duduk dibalut kulit (V & RS), Honda LaneWatch (V & RS), Cruise Control dan Paddle Shift.

Model pertama HR-V RS ini mempunyai sasaran pelanggan yang mahukan sebuah SUV yang kelihatan lebih sporty kerana varian RS ini didatangkan dengan rim aloi dua tona bersaiz 18 inci, gril hadapan baharu serta bampar hadapan dan belakang yang berwarna hitam yang sangat sesuai untuk pelanggan yang ingin memakai kenderaan yang kelihatan sporty.

Honda-HR-V-RS-2019-mekanika2

Honda-HR-V-RS-2019-mekanika3

Honda-HR-V-hybrid-2019-mekanika3

SUV itu didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu merah , kelabu, perak, hitam dan putih. Anda juga boleh mendapatkan tiga pakej aksesori iaitu Modulo pada harga RM5,737 Urban Package pada harga RM1,716 serta Utility Package dengan harga RM902.

Kedua-dua model terbaru yang dilancarkan oleh Honda Malaysia ini boleh didapatkan dengan kadar harga sebanyak RM120 ribu untuk model Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD manakala RM124,800 untuk model HR-V RS.

Sumber