Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini Honda Jepun telah melancarkan sebuah kereta model sedan mewah yang dikenali sebagai Honda Legend. Ia hanya ditawarkan dalam varian Hybrid EX dengan menggunakan enjin petrol 3.5 liter V6 dan sistem sistem pacuan semua roda Sport Hybrid-All Wheel Drive (SH-AWD).

Apa yang menarik mengenai kereta ini ialah ia dilengkapi dengan sistem Honda Sensing Elite yang mempunyai ciri bantu-pandu elektronik Tahap 3. Ia bermaksud kereta Honda Legend mempunyai pelbagai fungsi untuk mampu bergerak dan dikawal dengan sendirinya dalam keadaan tertentu.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Kereta ini dapat mempunyai fungsi bantu-pandu untuk meredah kesesakan lalu lintas dengan sendirinya dan pemandu bebas melepaskan stereng kereta dan dapat melakukan perkara lain sementara menunggu kesesakan lalu lintas reda.

Sekaligus ia dapat membantu pemandu dari hilang kawalan akibat kelesuan dan stress menghadapi kesesakan lalu lintas dalam jangka masa yang lama.

vocket-honda-legend-8

Sumber Gambar: Motor Authority

vocket-honda-legend-2

Sumber Gambar: Motor Authority

Honda Sensing Elite ini juga mempunyai fungsi bantu-pandu di lebuh raya. Ia berfungsi bilamana data peta mencukupi yang digunakan sistem bersama dengan data GPS dan sensor onboard posisi kenderaan.

Pada masa yang sama, sistem ini dapat mengesan keadaan pemandu dengan menggunakan kamera pemantau yang dipasang di dalam kenderaan.

vocket-honda-legend-3

Sumber Gambar: Motor Authority

vocket-honda-legend-7

Sumber Gambar: Motor Authority

Kereta ini juga mampu menukar lorong sendirinya bila terdapat kenderaan bergerak perlahan di hadapan. Sistem ini akan memberitahu pemandu terlebih dahulu dan barulah kereta menukar lorong dengan sendirinya.

Walaupun pemandu dapat mengendalikan kereta ini dengan lebih mudah semasa mengaktifkan mana-mana fungsi bantu-pandu, pemandu perlu sentiasa siap sedia untuk mengawal semula kenderaan bila-bila masa.

Sekiranya pemandu tidak bertindak balas terhadap arahan untuk mengambil kawalan semula, sistem ini dirancang untuk membawa kenderaan ke tempat yang selamat untuk berhenti. Ia juga akan menyalakan lampu bahaya (hazard light) dan membunyikan hon pada masa ini untuk memberi amaran kepada pemandu lain.

vocket-honda-legend-5

Sumber Gambar: Motor Authority

vocket-honda-legend-6

Walaupun pengeluar kenderaan lain telah menunjukkan kenderaan dengan sistem bantu-pandu Tahap 3, Honda merupakan jenama pertama menjual kenderaan lengkap dengan sistem ini yang telah pun diperakui oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun (MLIT).

Model ini bakal dijual pada harga 11,000,000 yen (+-RM416,000)di Jepun. Apa pandangan anda mengenai teknologi baru yang digunakan oleh Honda ini? Adakah anda sendiri lebih selesa mengawal kenderaan ataupun kereta dikawal menggunakan sistem bantu-pandu sendiri? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Pada bulan lalu Honda telah melancarkan model baru Honda HR-V dengan dua gaya pilihan.

Honda HR-V 2021 Lebih Moden Dan Agresif, Hadir Dengan Dua Pilihan Gaya

Honda Hasilkan ‘Mask’ Untuk Kereta, Didakwa Efektif Untuk Basmi Virus

Honda Kekal Jenama Kereta Paling Laris Di Malaysia 6 Tahun Berturut-Turut

Anda Mungkin Suka