Berjaya menjadi antara syarikat automotif luar negara pilihan pengguna di Malaysia, berita penurunan harga kereta daripada Honda Malaysia ini pastinya menggembirakan ramai.

Bersempena dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), cukai jualan bagi model CKD sedia dimansuhkan sebanyak 100% manakala model CBU akan menerima pemansuhan cukai jualan sebanyak 50% bermula 15 Jun sehingga 31 Disember 2020 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
2017 Honda City Facelift Launch in Malaysia
Sumber: autobuzz

Berdasarkan pelan yang dijalankan, Honda Malaysia dilihat telah menurunkan sejumlah besar harga kereta mereka khususnya model CKD yang terdiri daripada Jazz, BR-V, City, HR-V, Civic, CR-V dan Accord yang turun sebanyak RM2,788.46 hingga RM8,545.63.

Selain itu, model CBU yang ditawarkan Honda Malaysia iaitu Honda Odyssey menerima penurunan tertinggi sebanyak RM9,502.47.

70251206_3500026293356397_1874686223214182400_o
Sumber: Rojak Daily

Berdasarkan penjimatan dan pengecualian cukai yang ditawarkan, Honda Malaysia berharap dapat menerima lebih ramai pelanggan pasca COVID-19 ini yang secara tidak langsung dapat kembali merancakkan ekonomi negara.

Siapa sangka, Honda Civic standard ini telah menjadi buruan serta berjaya dijual dengan harga RM213,525. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Dianggap ‘Rare’, Honda Civic Ini Telah Dijual Dengan Harga RM213,525

Honda Bakal Hentikan Penjualan City Dan Civic Di Jepun Tidak Lama Lagi