Mulai dibincangkan dan menjadi teka teki di kalangan pengguna mengenai harga kereta model CKD, nampaknya Honda Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan harga baharu bagi model City, Jazz dan CRV.

Pengumuman yang dibuat ternyata agak mengejutkan orang ramai dimana ketiga-tiga model ini bakal menerima peningkatan harga sebanyak 5.3% sehingga 9.25% berkuatkuasa 21 Februari 2020. Berikut merupakan senarai peningkatan harga bagi Honda City, Jazz dan CRV.

Jazz S : RM 75,300 (>RM5,058)
Jazz E : RM 81,400 (>RM5,084)
Jazz V : RM 88,700 (>RM5,067)

City S : RM 78,500 (>RM 4,664)
City E : RM 84,600 (>RM 4,645)
City V : RM 91,600 (>RM 4,617)

CR-V 2.0 2WD : RM 151,100 (>RM 12,792)
CR-V 1.5TC 2WD : RM 163,700 (>RM 12,708)
CR-V 1.5TC 4WD : RM 169,500 (>RM 12,768)
CR-V 1.5 TCP 2WD : RM 175,900 (>RM 12,709)

20170615_H0241
Sumber: Careta

Menurut Honda Malaysia, peningkatan harga ini terpaksa dibuat selepas kos untuk menghasilkan kereta secara CKD meningkat. Walau bagaimanapun senarai model yang diumumkan tidak memberi kesan kepada model hybrid merangkumi Jazz dan City Hybrid.

Peningkatan harga daripada Honda Malaysia ini sekaligus memberi bayangan model-model lain bakal turut menerima peningkatan harga merangkumi model Honda BR-V, Civic dan Accord. Kami kongsikan kepada anda senarai perubahan harga model keluaran Honda Malaysia dengan lebih lanjut.

thumbnail_HONDA MALAYSIA_Price Adjustment – 210220_FINAL_Table 2
Sumber: Mekanika
thumbnail_HONDA MALAYSIA_Price Adjustment – 210220_FINAL_Table 1
Sumber: Mekanika

Kami kongsikan kepada dua model keluaran Honda iaitu Accord dan City yang bakal dilancarkan Honda Malaysia tidak lama lagi.

Honda Accord 2020 Dengan Enjin 1.5L VTEC Turbo Sedia Dibuka Untuk Tempahan

Honda City 2020 Dilancarkan Di Thailand Dengan Enjin 1.0 Liter Turbo

Sumber