Honda Malaysia mendedahkan bahawa model generasi terbaru mereka iaitu Monkey bakal menbuat penampilan di pasaran Malaysia.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Motor ini masih mengekalkan elemen rekaan yang sama seperti Monkey 50cc asal seperti saiz yang kecil, lampu bulat di hadapan, ekzos yang sporty serta pemegang yang tinggi. Honda Monkey baru ini diterapkan dengan barangan moden seperti lampu LED, rim aloi 12 inci, meter digital LCD, fork USD di hadapan dan brek cakera depan dan belakang.

Honda Malaysia turut menetapkan harga jualan untuk sebuah motorsikal dengan harga RM13,999 tidak termasuk insuran. Selain itu, mereka juga turut menawarkan tiga pilihan warna iaitu kuning, biru dan merah. Pembelian motorsikal ini didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Honda-Monkey-Studio-BM-1-850×637

Honda-Monkey-Studio-BM-3-850×637

Honda-Monkey-Studio-BM-4-850×580

Honda-Monkey-Studio-BM-6-850×589

Honda-Monkey-Studio-BM-9-850×591

Honda-Monkey-Studio-BM-Feat-1-850×446