Mulai diumumkan sebagai ura-ura pada pertengahan tahun lalu, nampaknya Boon Siew Honda telah memilih untuk melancarkan model terbaru Honda RS150R secara rasmi dengan beberapa pembaharuan terbaru pada hari ini.

Dari segi rekaan, Honda RS150R 2020 ini tampil dengan fender belakang yang direka semula serta lampu brek yang tampak lebih runcing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
81635169_2553880481375813_4074198538102243328_n
Sumber: Facebook Honda Motorcycle Malaysia

Gaya sporty pada model ini masih lagi dikekalkan dengan penawaran empat warna pilihan iaitu hitam, biru, edisi Repsol serta warna ikonik Trico daripada Honda. Honda RS150R versi ini juga nampaknya turut hadir dengan panel meter LCD digital yang memaparkan informasi yang lebih terang buat para penunggang.

Difahamkan tidak ada pembaharuan ditawarkan pada enjin dengan pengekalan enjin 149.22cc empat injap DOHC yang menghasilkan 15 kuasa kuda.

81336851_2553880584709136_2681692487730331648_n
Sumber: Facebook Honda Motorcycle Malaysia
81888018_2553880734709121_5806162109012115456_n
Sumber: Facebook Honda Motorcycle Malaysia

Honda RS150R sedia ditawarkan tanpa insurans dengan harga bermula daripada RM8,199 manakala model edisi Repsol ditawarkan dengan harga RM8,499. Pihak Boon Siew turut menawarkan waranti selama dua tahun atau jarak 20,000 km yang mana terdahulu buat para pembeli.

Nampaknya Yamaha Y15ZR V2 sudah mempunyai pencabar terdekat selepas Honda melancarkan model versi terbaru mereka ini.

Hangat beberapa bulan sebelum ini apabila PDRM sedia memantau kebanjiran Yamaha Y15ZR dengan modifikasi melampau. Turut dikongsikan cadangan aktivis keselamatan jalan raya yang mahu motosikal bawah 250cc diharamkan.

PDRM Pantau Kebanjiran Ysuku Dengan Modifikasi Melampau

Aktivis Keselamatan Jalan Raya Cadang Haramkan Motosikal Bawah 250cc