Kereta Honda Jazz antara salah sebuah model turut digemari oleh anak-anak muda yang sukakan kenderaan berprestasi baik dalam bentuk saiz kompak jenama dari negara matahari terbit tersebut.

Terbaharu, warganet ‘bersedih’ apabila tular dua keping gambar menunjukkan sekumpulan pekerja mengambil kesempatan bergambar dengan unit terakhir model Honda Jazz yang dibuat di kilang yang terletak di Pegoh, Melaka.

Menurut portal Paultan.org, sumber dalam pihak syarikat Honda telah lama memberikan ‘petunjuk’ bahawa model Jazz generasi keempat tidak lagi ditawarkan di Asia Tenggara kecuali Singapura.

Tambah portal itu lagi, model City Hatchback dijangka bakal mengambil alih pasaran Jazz di negara ini. Namun pihak Honda Malaysia masih belum lagi memberi gambaran bilakah mereka bakal membawa masuk model tersebut ke negara ini.

Pemilik Honda Jazz bolehlah berbangga dengan kereta masing-masing kerana mulai saat ini model tersebut sudah pun masuk ke dalam kategori salah satu kereta ‘rare’ di Malaysia.

Sementara di Thailand pula sudah mula menjual Honda Civic 2022 atau lebih dikenali sebagai Honda Civic FE. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Thailand Lancarkan ‘Honda Civic FE’, Harga Bermula Daripada RM122,100

Honda Lancar Legend Hybrid EX, Lengkap Dengan Sistem ‘Auto-Pilot’ Tahap 3