Jika anda merasakan motosikal tidak boleh memandu sendiri, Honda mahu membuktikan ianya possible. Untuk Consumer Electronics Show(CES), Honda memperkenalkan motosikal terbaru mereka yang akan dipasarkan di masa akan datang di mana motosikal itu nanti akan dilengkapi dengan fungsi Self-balancing dan auto-pilot; pendekatan yang hebat untuk motosikal.

Sebelum ini, fungsi autopilot boleh didapati pada kereta Tesla. Tetapi untuk motosikal, Honda mungkin yang pertama memasukkan fungsi ini pada motosikal. Lepas ini bolehlah reply komen Instagram sambil menunggang motosikal.

Teknologi motosikal ini juga banyak diambil dari robot ASIMO, robot ciptaan Honda yang boleh berinteraksi dengan anda dan turut boleh berjalan dan berdiri seperti manusia. Melalui video yang dikeluarkan Honda di YouTube, motosikal ini juga boleh ‘ikut belakang’ anda jika anda mahu.

Motosikal ini masih dalam peringkat awal dan tidak mungkin akan berada di pasaran dalam masa terdekat. Tetapi jika ia dipasarkan kelak, pasti harganya sangat tinggi. Anda boleh tonton video motosikal konsep ini dahulu di bawah.