Pada awal bulan ini Honda telah menghantar satu memo kepada beberapa ratus pekerjanya mengenai ‘tuntutan pemulangan semula bonus’ dalam masa 9 hari selepas tidak sengaja jumlah bonus terlebih daripada sepatutnya diberikan pada awal September.

Menurut laporan Fortune, Honda Marysville yang terletak di Ohio itu memberikan dua cadangan kepada pekerja-perkerja yang terbabit — sama ada memulangkan semula jumlah ‘wang bonus terlebih’ itu, bagi yang pekerja yang tidak memberikan sebarang respon, wang berkenaan akan ditolak pada slip gaji bulan akan datang.

Baca Juga:

Portal NBC4 telah menghubungi Honda dan syarikat itu mengesahkan bahawa ia meminta pekerja membayar balik beberapa bonus mereka dan mendakwa bahawa ia wajar di sisi undang-undang, tetapi syarikat tersebut enggan mendedahkan berapa banyak bonus dan berapa banyak ia meminta pekerja membayar balik.

“Awal bulan ini Honda menyediakan bayaran bonus kepada para pekerja, yang sebahagian daripada mereka menerima lebihan bayaran.

“Isu berkaitan pampasan adalah perkara sensitif dan kami sedang berusaha dengan pantas mengenai perkara ini untuk meminimumkan sebarang potensi kesan negatif. Memandangkan ini adalah isu kakitangan, kami tidak mempunyai maklumat lanjut untuk dikongsikan berkaitan perkara ini,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Isteri kepada seorang pekerja dilaporkan berkata suaminya diminta memulangkan hampir 10% bonus. Bercakap kepada NBC4 dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, dia berkata bahawa jumlah pulangan itu agak besar.

“Anda tahu, jumlah wang itu sangat banyak buat kami. Boleh digunakan untuk perbelanjaan ‘duit pasar’ kami selama 2-3 tiga minggu.”

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber