Sekiranya anda kerap menggunakan servis daripada Honestbee, ini mungkin berita yang kurang baik buat anda dimana servis yang berasal dari Singapura ini bakal menghentikan operasi mereka sementara bermula 22 Julai ini.

Keputusan ini dibuat selepas syarikat ini dikatakan mempunyai masalah kewangan sekaligus mendesak syarikat ini untuk menghentikan operasi di beberapa kawasan dimana Malaysia antara yang terlibat. Langkah yang dibuat ini dilihat sebagai strategi untuk menstruktur semula kewangan syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
press-media-3
Sumber: TechCrunch

Meskipun digantung sementara, pejabat serta pekerja Honestbee masih lagi beroperasi seperti biasa di Malaysia. Walau bagaimanapun, buat mereka yang menggunakan menjalankan servis penghantaran makanan dibawah Honestbee, syarikat ini turut mencadangkan untuk bersedia menggunakan platform daripada syarikat lain.

Untuk pengetahuan, Honestbee mula memasuki Malaysia pada tahun 2017 memfokuskan kepada penawaran servis sekitar Lembah Klang sebelum mula ditawarkan di Pulau Pinang dan Johor Bahru.