Bintang terkenal Korea Selatan, Hong Jin Young baru-baru ini telah tampil memohon maaf menerusi satu kenyataan di laman Instagramnya kerana didapati bersalah dengan memplagiat kajian tesis sarjananya.

Kenyataan tersebut dipercayai telah dimuat naik oleh penyanyi tersebut pada 18 Disember yang lepas, di mana beliau mengaku atas kesalahan beliau dan sedia untuk menerima apa jua keputusan dari pihak penghakiman universiti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara tersebut menjadi bualan ramai pihak apabila penyanyi tersebut mengaku bahawa beliau berasa takut untuk tampil dan beritahu perkara yang sebenar kerana risau beliau tidak dapat lagi membuat persembahan selepas mengaku bersalah.

Perbicaraan dan keputusan terhadap kes plagiat tesis Hong Jin akan ditentukan di dalam mesyuarat yang akan dilangsungkan pada hari ini, 23 Disember 2020.

Sekiranya beliau terbukti bersalah, kelulusan ijazah sarjana dan doktor falsafahnya (PhD) difahamkan akan ditarik serta-merta.

Terdahulu, difahamkan ahli kumpulan SWAN tersebut telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya apabila pihak universiti bersikap ragu-ragu ke atas penulisan kajiannya itu.

Walaupun begitu, hasil karya beliau telah disemak semula di salah satu laman web yang dapat mengesan plagiat iaitu Copy Killer dan hasil semakan mendapati terdapat sebanyak 74 peratus penulisan penyanyi tersebut dikesan memplagiat.

Baca juga perkongsian kami yang berjaya ‘trending’ pada minggu ini pada pautan di bawah.

Dipuji Snoop Dogg, Kedai Makan Di Pulau Pinang Raih Perhatian Dunia

16 Rider FoodPanda Kena ‘Prank’, Tempahan Sampai Di Alamat Yang Sama

Didakwa Mempersendakan Sejarah, Drama Mr.Queen Buat Netizen Korea Selatan Berang