Saban kali baca timeline Facebook, mesti negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Filipina kerap dilawati oleh rakyat Malaysia. Di timeline saya jarang sekali muncul negara Hong Kong, negara kecil yang mempunyai kepadatan penduduk antara yang paling tinggi di dunia.

Hong Kong mungkin sebuah negara yang kecil, tetapi negara inilah yang melahirkan aktor-aktor berbangsa Cina ternama yang kita kenali ketika ini. Bruce Lee, Jackie Chan, Stephen Chow, Andy Lau dan Aaron Kwok adalah antara nama besar yang mula menempa nama di Hong Kong sehingga mereka dikenali di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya sangat tertarik dengan gambar seorang jurugambar yang saya kenali ketika bekerjasama dengan Air Asia di bumi Iran akhir tahun lalu. Menarik tentang Adly Aizad adalah cara beliau merakam momen ketika melawat sesuatu tempat. Mata jurugambar ni memang lain macam. Ada saja perkara yang menarik buat mereka untuk dijadikan subjek. Anda boleh lihat pada profil Instagram Adly dan anda akan tahu Adly seorang yang sangat kreatif.

Perkara pertama yang beliau nampak di Hong Kong adalah keunikan setiap kawasan di sana. Disebabkan faktor negara Hong Kong yang sangat kecil, memang penuh dengan micro apartment di mana setiap biliknya memang sangat kecil. Walaupun kecil, sewanya memang sangat mahal. Jadi apartment dan setiap jalan di sana mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Hong Kong terbahagi kepada 3 pulau dan setiap pulau ini boleh diakses dengan kereta api. Digalakkan untuk membeli Octopus Card yang akan memudahkan anda membayar public transportation di sana. Menurut Adly, jika anda mahu ke set pengambaran filem Transformers, anda boleh terus ke Quarry Bay.

“Bagi saya, saya rakam apa yang unik dan tak ada di negara sendiri. Walaupun sebuah teksi sekalipun, disebabkan ianya lain dari Malaysia, saya akan snap. Paling mencabar sebenarnya di sini adalah untuk dapat makanan halal dan segala benda di sini memang mahal. Tetapi anda kena hadaplah sebab Hong Kong memang satu negara dengan cost of living tertinggi di dunia,” kata Adly.

Menurut Adly, secara kasar setiap meal anda perlu berbelanja dalam RM30. Set di McDonalds sekali pun dalam RM25-30 satu set tetapi tidak halal. Jika anda nak cuba dim sum halal, boleh ke tingkat 5, Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai,. Tetapi memang padat dengan manusia sebab di sini sudah menjadi center tempat a must visit untuk makan dim sum di Hong Kong. Di sini juga terletak masjid untuk anda solat dan bertemu dengan saudara Islam yang lain.

“Walaupun mungkin agak mahal, tetapi Hong Kong memang salah satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Kalau anda memang peminat filem-filem Hong Kong seperti Young & Dangerous, anda kena lawat Kota Hong Kong. Barulah rasa gangster macam Ekin Cheung. Haha,” tambah Adly.

Anda boleh lihat antara gambar yang dirakam Adly di bawah. Memang cantik Hong Kong. Dan lagi cantik since Air Asia tengah buat promosi ini, bolehlah cuba cari tiket flight ke sana. Dengar-dengar boleh dapat return ticket RM400 sahaja. Selamat mencuba! Anda boleh ikut laman Instagram Adly Aizad di sini.