Mencipta rekod baru jambatan rentas laut terpanjang di dunia, Hong Kong mengumumkan laluan baru itu bakal dibuka bermula hujung tahun ini. Menurut petikan daripada portal tempatan, proses pembinaan jambatan laut terpanjang di dunia itu mengambil masa selama 7 tahun untuk siap dibina sepenuhnya.

Jambatan sepanjang 54.7 km akan menghubungkan Hongkong, Zhuhai dan Macao. Melalui laluan ini, perjalanan dari Hong Kong ke Zhuhai hanya mengambil masa selama 30 minit berbanding tiga jam sekarang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

hk1

hk2

hk3

Pengarah biro yang mengendalikan jambatan itu, Zhu Yongling, mengesahkan jambatan berkenaan menggunakan 420,000 tan keluli iaitu satu jumlah yang cukup untuk membina 60 Menara Eiffel. Pembinaan jambatan laut terpanjang di dunia ini yang menelan belanja HK$112 bilion.

Turut dilaporkan, sepanjang proses pembinaan jumlah perkerja yang maut 7 orang manakala sebanyak 129 orang cedera. Kebanyakkan kemalangan itu berlaku akibat tergelicir dan terjatuh dari tempat tinggi. Buat pengetahuan anda, proses pembinaan jambatan ini sudah dilakukan sejak tahun 2011 lagi.

Sumber