Hong Leong Yamaha Malaysia telah melancarkan kempen panggil balik model Yamaha YZF-R25 kerana masalah hos radiator dan kilasan spring  yang berpotensi boleh mengakibatkan kebocoran radiator.

Pihak Yamaha akan menghantar notis individu kepada semua pemilik YZF-R25 yang terlibat dan telah dimaklumkan menerusi kenyataan yang dimuatnaik di dalam web rasmi mereka bahawa notis tersebut akan diberikan bermula pertengahan Januari 2019 nanti dan ianya dilakukan berikutan arahan oleh Yamaha Jepun pada 20 November lalu.

BeFunky-collage-10
HYPE
Ini Rahsia Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan Pilihan Terbaik Para Ibu
Baca lagi →
2015-Yamaha-YZF-R25-GP-Edition-001

Sumber: Arena Permotoran

Para Pemilik dinasihatkan supaya menghubungi pengedar Yamaha atau cawangan Hong Leong Yamaha Sdn. Bhd untuk membuat temujanji penggantian komponen yang dimaksudkan setelah sejurus sahaja mereka mendapat notis dari pihak Yamaha.

Sebelum ini, model ini pernah menerima notis panggil balik untuk pembaikan dan notis telah dikeluarkan pada Mac 2017. Untuk maklumat lanjut, para pemilik YZF-R25 haruslah sentiasa menyemak laman web rasmi Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd atau aplikasi Yamaha Motor Malaysia.

Anda Mungkin Suka