Jika anda sedang mencari telefon pintar yang tidak ‘memecahkan poket’ anda, ini satu pilihan awesome untuk anda. Honor 9 Lite dilengkapi skrin 5.65″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses Kirin 659, memori sebesar 3GB dan storan 32GB (sokongan kad mikro-SD sehingga 256GB).

Untuk kamera pula, Honor 9 Lite akan hadir dengan dual camera (13+2 MP) di bahagian belakang. Tidak perlu risau untuk mendapatkan gambar yang menarik dengan Honor 9 Lite kerana dual camera ini pasti dapat menghasilkan gambar yang menarik seperti teknik bokeh dan sebagainya.

Untuk keupayaan bateri pula, Honor 9 Lite akan hadir dengan kapasiti bateri 3000mAh dan paling menarik ianya hanya ditawarkan pada harga RM749, harga yang sangat mampu milik. Anda boleh membelinya secara atas talian di sini.