HONOR Malaysia kembali menawarkan promosi berbaloi kepada mereka yang mencari komputer riba dan peranti boleh pakai menerusi jualan 7.7 Shopee yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Julai 2021.

Pembeli berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM280 untuk komputer riba, gelang tangan pintar dan jam tangan pintar. Bagi setiap pembelian peranti tersebut pada jualan 7.7 Shopee, pembeli juga akan mendapat hadiah percuma, namun jumlahnya adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. HONOR MagicWatch 2

HONOR MagicWatch 2

Jam tangan pintar bergaya dengan lebih 100 mod senaman dan panggilan Bluetooth. HONOR Malaysia memberi diskaun RM100 dan payung percuma untuk HONOR MagicWatch 2 42mm Agate Black, HONOR MagicWatch 2 46mm Charcoal Black dan HONOR MagicWatch 2 46mm Flax Brown.

HONOR MagicWatch 2 menyediakan lebih 100 mod senaman, aktiviti berlari, mendaki, berenang, memanjat dan juga triathlon. Peranti berkenaan juga dilengkapi fungsi mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2) serta mengawasi dan mendiagnosis enam jenis masalah tidur. Diperbuat daripada keluli 316L, jam tangan pintar ini mampu bertahan sehingga 14 hari pada penggunaan biasa.

2. HONOR Band 6

HONOR Band-6

Skrin lebih besar, pengecasan pantas dan bateri tahan selama 14 hari. Bagi mereka yang mencari gelang pintar dengan banyak fungsi pada harga mampu milik untuk memantau tahap kesihatan pada pandemik boleh mendapatnya pada jualan 7.7 Shopee. Harga selepas diskaun RM20 adalah RM169 dan pembeli akan mendapat hadiah percuma flask Thermos.

Berbanding generasi sebelumnya, saiz skrin HONOR Band 6 148% lebih besar iaitu 1.47 inci AMOLED dengan resolusi 368X194. Jadi pengguna dapat membaca maklumat dengan lebih jelas. Gelang pintar ini turut dilengkapi 10 mod senaman, sensor 6-paksi serta ciri lain seperti mengawasi degupan jantung selama 24 jam, mengukur ketepuan oksigen dalam darah (SpO2) dan mengawasi kitaran haid.

Bateri gelang pintar HONOR Band 6 mampu bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan normal dan pengecasan selama 10 minit sudah mencukupi untuk 3 hari. HONOR Band 6 boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

3. Siri HONOR MagicBook

HONOR MagicBook-Pro

Perlindungan mata, daya ketahanan, kompak dan berkuasa. Bagi komputer riba HONOR MagicBook Pro, pembeli berpeluang menikmati penjimatan berbaloi sebanyak RM280. Sementara diskaun untuk HONOR MagicBook 15 adalah RM20. Hadiah percuma beg galas dan tetikus wayarles Bluetooth diberikan kepada pembeli mana-mana komputer riba tersebut.

HONOR MagicBook Pro hadir dengan skrin 16.1 inci menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen 5 4600H. Memori komputer riba ini adalah 16GB RAM jenis DDR4 dan storan PCIe NVMe SSD sebesar 512GB.

HONOR MagicBook-15
HONOR MagicBook 15

Manakala HONOR MagicBook 15 lebih cekap dengan pemproses terbaharu Generasi 11 Intel Core i5 dan fungsi WIFI-6. Skrin paparan komputer riba ini bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920 X 1080 piksel. Spesifikasinya pula, HONOR MagicBook 15 dipasangkan dengan kapasiti memori RAM 16GB berasaskan pada medium DDR4 dengan jumlah storan 512GB SSD.

HONOR MagocBook X15-i5
HONOR MagicBook X 15

Bagi ibu bapa yang merancang untuk membeli komputer riba untuk anak-anak mengikuti kelas dalam talian, HONOR MagicBook X 15 adalah pilihan terbaik dengan harganya bermula dari RM2,299. Peminat membeli HONOR MagicBook X 15 dengan pemproses i5 akan membawa pulang pakej hadiah percuma beg galas, tetikus tanpa wayar dan flask Thermos. Sementara mereka yang membeli HONOR MagicBook X 15 dengan pemproses i3 akan diberi beg galas dan flask Thermos.

Mengenai HONOR MagicBook X 15, komputer riba ini lasak kerana diperbuat daripada kerangka badan logam yang ringan dan nipis. Beratnya cuma 1.56kg dengan ketebalan 16.9mm sahaja. HONOR MagicBook X15 dilengkapi skrin paparan penuh 15.6 inci dengan sempadan 5.3mm di sisi kiri dan kanan. Nisbah skrin 87% memberi kesan paparan gambar berkualiti tinggi dengan warna yang terang.

HONOR MagicBook X 15 hadir dengan dua pemproses bagi pilihan pembeli iaitu Generasi ke-10 Intel Core i5 dan i3. Sistem penyejukan berkuasa besar membolehkan komputer riba ini mencapai pengambilan udara hingga 38% lebih tinggi serta pelesapan haba cekap bagi mengekalkan suhu pada jangka masa penggunaan lama.

HONOR MagocBook X15-i3

HONOR MagicBook X 15 dengan pemprosesan Intel Core i3 dilengkapi memori dwi-saluran 8GB DDR4 yang meningkatkan kadar penyiaran sehingga 50% berbanding memori saluran tunggal. Penstoran dalaman terpantas PCIe NVMe SSD mempertingkatkan prestasinya untuk lebih pantas memindahkan fail, melancarkan mengedit gambar, menyunting video atau bermain permainan komputer.

Skrin siri HONOR MagicBook diiktiraf persijilan TUV Rheinland untuk cahaya biru rendah dan tidak berkelip. Ciri ini melindungi mata pengguna dan mengelak daripada berasa letih.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Ayuh rebut promosi sempena jualan 7.7 Shopee untuk membeli peranti idaman pada harga diskaun. Untuk membeli komputer riba dan peranti boleh pakai pada harga diskaun tersebut boleh klik di sini.

Ini beberapa artikel berkaitan produk HONOR yang lain. Klik pada pautan di bawah.

5 Sebab HONOR MagicBook 15 Merupakan Pilihan Berbaloi Buat Para Pengguna

Bawakan Perubahan Terbaru, HONOR V40 Dilancarkan Secara Rasmi Di China

Vocket Cerita: Honor 20 Pro, Menyelesaikan Kerja Anda