Terlintas sahaja nama Tony Fernandes, anda pasti akan terbayang dua aset besar yang dimilikinya AirAsia dan Tune Hotel.

Selepas mencapai kejayaan besar dalam syarikat penerbangan kos rendah, terkini Tune Group Bhd sedang mempertimbangkan untuk mengembangkan perniagaan dalam penjagaan kesihatan mampu milik pula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Tan Sri Tony Fernandes

Menurut laporan yang disiarkan oleh The Malaysian Reserve (TMR), Hartawan penerbangan Tan Sri Tony Fernandes merancang untuk mengembangkan lagi perniagan dalam penjagaan kesihatan dengan melancarkan Tune Care tidak lama lagi.

Tony juga dikatakan sudah bertemu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam bulan lalu untuk memberi taklimat mengenai pelan perniagaan asas Tune Care.

Menurut sumber, Tony sebagai pemilik bersama Tune Group dan Datuk Kamarudin Meranun sudah lama berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan mampu milik, sejak syarikat itu diasaskan pada 2001.

“ Tune Group sudah menubuhkan pasukan khas untuk meneroka pelbagai model perniagaan penjagaan kesihatan, termasuk makmal diagnostik, klinik dan hospital.”

“Satu pasukan diketuai Dr Pal Singh, seorang rakyat Malaysia sedang mengusahakan pelan perniagaan itu. Pengumuman akan dibuat pada lewat tahun depan.”

Dalam satu petikan yang lain, Kamarudin mengesahkan ‘beberapa perkembangan’ sedang berlaku dalam Tune Care dan kepimpinan Pal dalam syarikat itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata Tune Group teruja untuk memuktamadkan model perniagaan untuk Tune Care dalam tempoh terdekat. Bagaimanapun, pihaknya bimbang mengenai ‘isu liabiliti’ dalam perniagaan penjagaan kesihatan.

“Kami cuba untuk melihat potensi liabiliti kerana kami akan menjalankan penjagaan kesihatan mampu milik.” katanya.

Selain dari AirAsia, Tune Protect dan Tune Hotel, Tune Group Bhd juga merupakan pemegang saham besar dalam syarikat telekomunikasi Tune Talk, Tune Studios, Tune Labs, Kelab Bolas Sepak QPRAsia, Kolej Epsom Malaysia dan Caterham Group.

Sumber