Baru-baru ini tular satu rakaman menunjukkan seorang wanita bertengkar dengan beberapa petugas kesihatan selepas memasuki salah sebuah wad pesakit untuk melawat suami beliau di Hospital Miri, Sarawak.

Menerusi rakaman video tersebut, ia dapat dilihat bahawa wanita tersebut enggan memberi kerjasama dalam mematuhi peraturan serta polisi yang telah ditetapkan oleh hospital berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Susulan daripada kejadian tersebut, Hospital Miri, Sarawak telah tampil dengan mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kejadian tersebut.

Menurut mereka, setelah sesi kaunseling diberikan, ianya difahamkan wanita terbabit berasa amat tertekan kerana risau akan keadaan kesihatan suaminya.

Kejadian tersebut telah dirakam oleh salah seorang petugas kesihatan hospital berkenaan di mana mereka pada mulanya telah meminta wanita terbabit untuk beredar sebelum diendahkan.

Susulan itu petugas yang bertugas di hospital tersebut telah bertindak merakam video tersebut dengan tujuan untuk memaklumkan kepada ketua jabatan dan rakan sekerja yang lain bagi mendapatkan bantuan.

“Kaedah rakaman video dibuat memandangkan pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) telah menyukarkan komunikasi di antara kakitangan wad dengan pihak luar,” menurut kenyataan itu.

Tidak berlaku di wad COVID-19

Pihak pengurusan hospital terbabit turut memberi penjelasan berkaitan penularan informasi yang tidak benar di mana kejadian tersebut dikatakan telah terjadi di wad COVID-19.

“Pihak hospital ingin menjelaskan bahawa insiden ini bukan berlaku di Wad Pesakit Covid-19.

“Sehubungan itu, pihak pengurusan Hospital Miri meminta orang ramai untuk menghentikan penyebaran video tersebut di media sosial bagi melindungi kepentingan pesakit dan keluarga mereka,” menurut kenyataan itu.

Pihak tersebut turut mengatakan bahawa kejadian tersebut telah berjaya diselesaikan dengan bantuan daripada pihak polis.

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai seorang pensyarah ini yang bertindak memaki serta doakan pemandu lain dijangkiti COVID-19 melalui pautan di bawah.

Buat Pusingan-U Secara Merbahaya, ‘Pensyarah’ Ini Maki Dan Doakan Pemandu Lain Dijangkiti COVID-19

Awas! Saintis Dakwa COVID-19 Mampu Ganggu Tahap Kesuburan Lelaki

Dakwa Mampu Beri Keputusan Lebih Tepat, China Jalankan Ujian COVID-19 Melalui Dubur