Marcapada ini, kecanggihan dan kemodenan teknologi semakin pesat membangun. Teknologi moden yang dicipta pada masa kini dilihat menyenangkan dan memudahkan urusan orang ramai.

Baru-baru ini, menerusi akaun media sosial Twitter @shaifull, beliau telah memuat naik dan berkongsi satu hasil ciptaan pasukannya iaitu robot troli bergerak.

Berdasarkan perkongsian tersebut, robot itu dikatakan telah digunakan di sebuah hospital UiTM Sungai Buloh dan digunakan untuk membawa peralatan ke sekitar hospital.

Beliau turut mengajak orang ramai yang berminat untuk menjadi pelatih atau yang ingin terlibat dalam program robot ini untuk menyertai pasukan beliau.

Usaha beliau dan pasukannya dalam menghasilkan robot tersebut sangat memdapat sokongan dari netizen. Rata-rata netizen memuji dan ada juga yang berjenaka dengan mengatakan seram jika ternampak troli ini bergerak pada waktu tengah malam.

https://twitter.com/mxhdh__/status/1210410240232935425

https://twitter.com/AffiqKimiLer/status/1210186804055302144

Terdahulu, pelajar Malaysia raih 5 pingat di pertandingan robotik antarabangsa. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tewaskan Jepun Dan Korea Selatan, Pelajar Malaysia Rangkul 5 Pingat Di Pertandingan Robotik Antarabangsa

Robot Bakal Bersihkan Ruang Angkasa Menjelang 2025, Tetapi Bagaimana Sampah Boleh Sampai Ke Sana?