Idea bijak yang dilakukan oleh firma A MILLIMETRE apabila mereka tampil untuk memberi sentuhan baharu pada sebuah hostel di Bangkok, Thailand. Dengan berkonsepkan moden sebagai tema pilihan, hostel ini bukan sahaja cantik dilihat malah mengembalikan semula keceriaan susana di jalan ini.

Meskipun Bangkok terkenal dengan pelbagai tarikan dan hiburan, namun ia juga tidak terlepas daripada memiliki bangunan lama dan jalan-jalan yang suram. Dan hostel ini terletak di salah satu daripadanya. Bertapak di jalan 486/125 Petchburi16 , Ratchthewi Bangkok, Thailand, keceriaan hostel ini seolah-olah menyegarkan semula permandangan yang seakan mati ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang bakal berkunjung ke Bangkok, Thailand dan mahu mencuba sendiri keunikan hostel ini, anda boleh menuju ke area Ratchthewi dan cari hostel bernama Bed One Block Hostel. Dari jauh pun sudah boleh dilihat jelas, hostel ini berwarna putih dihimpit bangunan hitam di sebelahnya.

Sebuah hostel yang sangat hip! Ia terletak di bagunan 5 tingkat dengan keluasan 4 meter lebar dan 16 meter panjang. Rekabentuk dalaman yang sangat menarik, penggunaan warna putih menonjolkan lagi ciri-ciri yang menepati selera masyrakat masa kini. Dan yang paling penting, ia bersih dan selesa.

Setiap bilik mempunyai ruang tamu kecil yang boleh digunakan untuk anda bersantai. Selain itu terdapat juga loker menyimpan barang dan bilik mandi yang boleh diakses dengan mudah.

Harga yang ditawarkan bermula serendah RM50 sahaja. Hostel ini turut menawarkan kemudahan asas yang lain seperti tempat pakir, dobi, internet, peti sejuk, tv dan pelbagai lagi. Ini adalah satu pilihan yang berbaloi buat anda yang suka mengembara gaya sederhana.

Baca juga: Al Meroz, Hotel Patuh Syariah Bertaraf Dunia Yang Pertama Di Bangkok