Sebuah sejarah telah tercipta pada 3 April 2018 apabila Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd berjaya membuka cawangan pertama mereka di Malaysia. Kedai Elektronik ini bakal dan turut menjadi pengedar tunggal jenama audio terkenal seperti AKG, JBL, dan Harman Kardon.

Berdasarkan promosi pembukaan, Hot Gadgets Distribution bakal turut menawarkan beberapa promosi buat pengguna termasuk TV yang ditawarkan pada harga serendah RM799.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

29749545_1626814834032952_6931323007452537950_o

Selain jenama A&S, Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd juga merupakan pengedar tunggal Geneva dan Ultimate Ears. Geneva merupakan syarikat hi-fi yang pertama memperkenalkan cara bagaimana untuk mendengar muzik digital lebih sedekad lalu.

Antara model Ultimate Ears yang ditawarkan adalah Megaboom, Boom 2 dan Wonderboom. Dengan mewakili tiga lagi jenama terkemuka, Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd telah memperkukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam industri peralatan rumah.

29683433_1626814144033021_6708620328525656452_n

20180403_102752-1024×576

Hot Gadgets juga turut dianugerahkan sebagai pengedar tunggal Harman International pada tahun 2015. Berdasarkan ulasan daripada pengarah urusan Hot Gadgets, gedung elektronik ini komited untuk memberikan saingan yang kompetitif buat kedai elektronik sedia ada dalam memberikan yang terbaik buat para pengguna.