Sudah menjadi kemestian buat pengguna telefon pintar pada masa kini khususnya golongan millennial untuk mempunyai beberapa media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Kehadiran media sosial ini selain daripada menyampaikan mesej dan berkongsi kegembiraan secara tidak langsung telah mewujudkan persaingan dalam mencapai jumlah interaksi dan likes yang tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaru, laman Phlanx telah menawarkan sebuah platform untuk anda menyemak sejauh manakah peratusan interaksi followers anda terhadap gambar atau video yang anda muat naik di Instagram.

Screen Shot 2018-08-09 at 1.26.48 PM

Anda juga boleh turut mencubanya dengan klik di sini serta masukkan ID Instagram anda untuk mendapatkan keputusan. Oh ya, pastikan anda set Instagram anda kepada public untuk membolehkan laman ini mengakses profail anda.

Kehadiran laman seperti ini juga secara tidak langsung membolehkan syarikat-syarikat yang mahu mendapatkan perkhidmatan instafamous dan artis mengetahui sejauh manakah efektif populariti Instagram mereka dengan lebih mudah. Selamat mencuba!