Seperti biasa, Hot Toys hadir dengan kolaborasi dengan Marvel menghasilkan patung figura untuk mempromosikan filem Spider-Man: Far From Home.

Filem tersebut yang berkisar setelah tamatnya perang Endgame dan merupakan filem akhir MCU fasa ketiga pastinya membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menonton filem tersebut.

Justeru itu, Hot Toys memperkenalkan patung figura yang berskala 1/6 atau ketinggian lebih kurang 28cm. Menariknya, patung figura tersebut hadir dengan sut yang direka oleh Tony Stark dan dilengkapi dengan sarang lelabah dalam bentuk tali, penembak dan sayap.

Harga untuk patung figura ini adalah $1,280 HKD (~RM677.90) sahaja. Walau bagaimanapun, tarikh patung tersebut akan tersedia di pasaran masih belum diketahui. Kami nantikan suit Spider-Man ‘Stealth’ daripada Hot Toys pula selepas ini.

11

12

13

14

15