Siapa boleh lupa watak nakal Ryan Reynolds sebagai Deadpool yang membuatkan peminat-peminat tidak sabar untuk menantikan tayangan Deadpool 2. Buat peminat-peminat tegar Deadpool ini merupakan berita gembira untuk anda, Hot Toys kini memperkenalkan patung Deadpool 2 edisi terhad.

Hot Toys mengeluarkan patung yang berskala 1/6 atau berketinggian lebih kurang 31cm. Menariknya, figura ini didatangkan dengan 5 pasang mata yang boleh mengubah ekspresi muka dan juga 12 pasang gloves yang boleh ditukar seperti sepasang penumbuk, sepasang tangan yang boleh memegang katana, sebelah tangan dengan isyarat ‘okay’ dan banyak lagi.

deadpool3

Figura ini juga didatangkan dengan pakaian signifikan deadpool berwarna merah hitam, tali pinggang yang diperbuat dengan material seakan-akan leather dengan buckle merah, jersey merah-kuning X-Men, sepasang boot merah dan beberapa item lagi. Tidak hanya itu, figura ini juga didatangkan dengan senjata yang pernah digunakan oleh watak tersebut.
deadpool2

deadpool4

Produk ini boleh didapati di stokis-stokis Hot Toys dalam masa terdekat.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤