Ice Hotel di Sweden ini merupakan hotel ais yang paling unik di antara kebanyakkan hotel ais yang lain. Sebab utama ialah kerana hotel ini menggunakan ais yang sebenar sebagai bahan asas binaan bukannya ais buatan.

Yang paling menarik, Ice Hotel di Sweden ini merupakan hotel ais yang pertama dibina di dunia, sekaligus menjadikan ia sebagai hotel ais yang tertua di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ice hotel ini dibina menggunakan ais yang sebenar, jadi ia bersifat sementara dan akan mencair bila sampai pada waktunya. Pertama kali diperkenalkan adalah pada tahun 1989, pada asalnya ia merupakan satu projek seni yang mencabar.

Menjadi yang pertama, Ice Hotel ini mula mendapat perhatian arkitek-arkitek kreatif di seluruh negara untuk membina hotel ais di negara mereka sendiri. Sehinggakan ia seolah-olah menjadi tradisi setiap kali datangnya musim sejuk.

Jukkasjarvi merupakan lokasi dimana Ice Hotel dibina pada setiap tahun. Jukkasjarvi ialah sebuah perkampungan kecil yang terletak dibahagian utara Sweden. Perkampungan ini hanya dihuni seramai 1100 penduduk sahaja, tetapi menerima kunjungan lebih dari 50,000 pelancong setiap tahun.

Ice Hotel dibina dari ais di Torne River atau secara spesifik diperbuat dari ‘snice’ iaitu sejenis campuran air dan ais. Pembinaan Ice Hotel biasanya bermula pada bulan November atau Disember.

Rekabentuk dan tema hotel ais ini biasanya bertukar-tukar pada setiap tahun. Pelbagai artis dari semua pelusuk Eropah akan dijemput untuk menjayakan hotel ini.

Suhu boleh mencecah sehingga -5 atau -8 darjah celcius, untuk anda yang tidak tahan sejuk dinasihatkan membawa pakaian bersesuaian jika datang ke sini. Tetapi jangan risau, di hotel ini terdapat satu bahagian panas untuk mereka yang tidak tahan sejuk.

Selain dari menikmati keindahan kampung Jukkasjarvi, banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini, contohnya seperti aktiviti mengukir gelas ais.

Teruja untuk rasa pengalaman sejuk di Ice Hotel ini, anda boleh mula buat persiapan sebelum tibanya musim sejuk. Pengalaman makan ais, tidur ais, minum ais ini tentunya sangat menyeronokkan!.

Ice-Hotel-Jukkasjarvi-Sweden

Ice-Hotel-Seats