Jika hotel dalam laut sudah buat anda rasa kagum, bayangkan anda bercuti di angkasa lepas. Mesti ada daripada anda merasakan ia sesuatu yang mustahil dan tidak terfikir untuk bercuti di angkasa lepas.

Tidak lama lagi, anda boleh menerokai angkasa lepas untuk bercuti kerana hotel mewah pertama bakal dibina di angkasa lepas. Difahamkan, hotel mewah yang diberi nama Voyager Station akan mula dibina pada 2025 dan dibuka pada pengunjung pada 2027.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

The Gateway Foundation

The Gateway Foundation 2

The Gateway Foundation 3

Bukan sahaja akan dibuka kepada pengunjung tetapi anda juga boleh membeli vila di Voyager Station sebagai rumah percutian anda. Voyager Station ini lengkap dengan pawagam, restoran, gym dan sebagainya.

Konsep Voyager Station ini terhasil pada tahun 2012 dengan pelancaran Gateway Foundation yang ditubuhkan OAC pada tahun 2018 untuk merealisasikan impian untuk membina hotel komersial pertama di angkasa.

Jika anda berminat untuk melabur untuk projek ini, anda boleh layari laman sesawang ini untuk membuat pelaburan anda. Selepas hotel mewah di angkasa lepas ini dibina, adakah anda mahu menginap di sini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa destinasi yang anda boleh kunjungi di Malaysia pada pautan di bawah ini.

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

7 Resort Dengan Kolam Renang Di Selangor Untuk Percutian Beramai-Ramai

Taman Tema Genting SkyWorlds Bakal Dibuka Pertengahan 2021

Sumber