Bagi yang bergerak solo sewaktu travel di Jepun, tidak begitu banyak masalah apabila mencari penginapan. Ada di antara backpacker hostel atau guesthouse menawarkan harga serendah dari ¥2000 semalam.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Bagi yang berkeluarga pula, seeloknya meletakkan anggaran bajet ¥3700 semalam/seorang untuk keselesaan. Jika rezeki bertemu dengan harga yang lebih rendah duit lebihan adalah sebagai bonus.

Penginapan yang paling tepat adalah pilihan lokasinya. Jika kita bercadang untuk menggunakan 100% kemudahan pengakutan awam maka permilihan lokasi penginapan haruslah berdekatan dengan stesen subway atau train.

Setidak-tidaknya 5 ke 10 minit berjalan kaki ke stesen berhampiran banyak membantu memudahkan pergerakan harian kita.

Antara web site untuk mencari penginapan hostel dan hotel
Booking.com, Hostelworld.com, Agoda.com, www.expedia.com.my/Hotels, HotelsCombined.com.

Berikut antara senarai penginapan bajet dan sederhana untuk rujukan anda:

A. TOKYO

1. NewKoyo
2. Kangaroo Hotel
3. Koenji Guesthouse
4. YADOYA Guesthouse
5. Hotel Hoteiya
6. Asakusa house
7. Tokyo-Backpackers
8. K’s House
9. SAKURA
10. Irori
11. Anne Hostel Asakusabashi
12. Retrometrobackpackers
13. Flexstay Inn
14. 3Q House

Baca: 13 Lokasi Menarik Di Pinggir Tokyo Untuk Anda Buat Kunjungan Sehari

B. FUJI

1. Kawaguchiko Station Inn
2. K’s House
3. Koe house fuji

C. KYOTO

1. K’s House
2. Hana Hostel
3. Khaosan Kyoto Theater

D. OSAKA

1. JHoppers
2. Backpackers Hotel Toyo
3. Hotel Kaga
4. Hotel Diamond
5. Osaka Guest House Drummer’s Dream
6. Peace House Sachi
7. B&S Eco Cube Shinsaibashi
8. Business Hotel Taiyo
9. Hotel Sunplaza dan Sun Plaza Hotel 2
10. Peace House Showa
11. Vitti Lodge & Family Apartment

E. TAKAYAMA

1. Jhopper
2. K’s House

Nota: Capsul dan dormitories hostel larangan bagi kanak kanak

Pilihan dan alternatif lain untuk penginapan.

1. Youth hostel

Youth hotel adalah milik International Youth Hostel Association.
Ada lebih kurang 300 hostel bajet di seluruh Jepun dengan harga ¥2500-¥3000 untuk seorang/semalam. Walau bagaimana pun caj 1000 Yen dikenakan sebagai tambahan jika anda tidak memiliki kad keahlian Youth Hostel Association.

2. Internet Cafe

Kebiasaan kafe internet di Jepun beroperasi 24 jam. Ini membolehkan ia dijadikan sebagai tempat bermalam sementara. Kafe internet menyediakan private room yang mempunyi sofa atau bunk untuk melelepkan mata.

Apa yang menarik kafe internet juga memberikan berbagai perisa dan jenis minuman secara percuma kepada pelanggan. Sesetengah kafe internet turut menyediakan bilik mandi dengan kadar bayaran 500yen untuk 30 minit. Bayaran bermalam diantara ¥1000yen –¥2000 dari tengah malam sehingga 6 pagi. Untuk rujuk sile ke mobile-netcafe.com.

3. Homestay

Cara paling mudah untuk berjimat jika melancong bersama keluarga atau kumpulan adalah dengan menyewa homestay di AirBnB.com.

Walau bagaimana pun beberapa beberapa langkah berhati hati perlu di laksanakan sebelum kita membuat sebarang tempahan antaranya:

  1. Periksa lokasi
  2. Baca komen-komen terdahulu
  3. Baca syarat yang ditetapkan oleh host
  4. Bandingkan harga
  5. Hubungi host untuk melihat keberkesanan komunikasi.

Sedutan dari Buku ROAD TO JAPAN
JAck S Adli

Baca lagi: 3 Jenis Pass Pengangkutan Awam Untuk Anda Berjimat Sewaktu Di Tokyo, Jepun

Artikel di atas disumbangkan oleh JAck S Adli. Beliau merupakan penulis buku Road To Japan yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group