Mencuba sesuatu yang baharu adalah aktiviti paling seronok dilakukan ketika travel, dan ini adalah salah satu sebab kenapa anda travel. Betulkan? Jika ke Australia, selain daripada melihat kanggaru melompat kami juga sarankan anda untuk cuba menginap di hotel bawah tanah yang terdapat di sini.

Kini bukan ulat sahaja boleh tinggal di dalam tanah, anda pun boleh. Serius! nampak sungguh menarik untuk dicuba. Tempat yang dimaksudkan ini adalah The Lookout Cave Underground Hotel yang terletak di Coober Pedy, Australia.

Pertama kali mendapat tahu tentang ini saya rasa sangat teruja, bagaimana agaknya mereka bina penginapan bawah tanah ini? Bukan sahaja unik, malah sangat eksklusif. Cuba bayangkan anda sedang menikmati suasana berbulan madu di sini, pasti sangat seronok. Tak percaya? Lihat bagaimana bentuk dalaman hotel ini melalui gambar di bawah.

Kalau diberikan kesempatan, saya pasti tidak akan melepaskan peluang mencuba penginapan di sini. Hasil dari survei yang dibuat di laman booking.com, harga penginapan untuk satu malam adalah sekitar RM400 sehari.

Baca juga: Gua Kuno Di Matera Kini Merupakan Sebuah Hotel Mewah Di Itali