Travel dengan bas mungkin tak berapa nak glamor. Saya pernah naik bas dari Hat Yai ke Bangkok, perjalanan lebih kurang dalam 13 jam baru sampai. Azab dia memang agak perit. Selain bau, faktor lain adalah nak dapatkan tidur yang selesa tu memang susah. Tapi, dengan apa yang ditawarkan oleh bas ini ia bakal mengubah stigma tersebut.

Jika sebelum ini andah pernah travel menaiki bas berkatil, Sleep Bus menawarkan lebih daripada itu. Sleep Bus ini merupakan idea baru yang sudah dinaiktaraf oleh sebuah start up berpengkalan di Amerika yang dahulunya dikenali dengan nama Cabin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Tom Currier, selaku CEO Cabin, idea ini diinspirasikan dari cerita klasik Roman abad ke-20 dimana seorang penumpang kereta tertidur di satu kota dan sebaik sahaja bangun sudah berada di tempat lain. Sleep Bus akan memberikan anda pengalaman seperti itu. “Ini adalah pengalaman seakan teleportasi, anda tertidur dan bagun di tempat baru,” katanya.

Sleep Bus merupakan bas pelancong 2 tinggkat yang eksklusif terdiri daripada 24 tempat tidur serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi, tandas dan ruang rehat. Berkonsepkan futuristik, Sleep Bus bukan sahaja cantik dan selesa, malah menawarkan layanan berkualiti tinggi kepada penumpangnya.

Sleep Bus akan mula beroperasi pada 14 Julai ini dengan membuka laluan pertamanya iaitu dari San Fransisco ke Santa Monica. Tempoh perjalanan dianggarkan selama 8 jam, laluan baru ini sesuai untuk penumpang yang ingin tidur nyenak dan terbangun di destinasi yang dituju.

Bas ini akan dipandu secara perlahan dan berhemah bagi memastikan penumpang dapat tidur dengan nyaman. Bahkan, pemandu bas ini dapat mengetahui tahap ‘kehalusan’ perjalanan melalui aplikasi khas yang tersedia.

Tak mustahil pada masa akan datang, konsep travel bersama bas seperti ini bakal menjadi trend. Harap di Malaysia pun ada. Baru best dari Kuantan ke Kedah naik bas, taklah sakit tengkuk.

Sumber