Buat anda yang tinggal jauh dari kawasan lapangan terbang dan tak mahu dapat pengalaman ngeri ‘tertinggal flight’, cara terbaik adalah datang ke lapangan terbang lebih awal. Atau kalau nak lebih selesa, anda boleh pilih untuk menginap di mana-mana hotel yang berdekatan KLIA. Zaman sekarang, nak buat carian hotel semudah ABC sahaja. Di Agoda, terdapat pelbagai tawaran hotel yang boleh dipilih, lebih menarik ianya boleh disuaikan mengikut bajet yang diinginkan.

Untuk itu, di sini kami senaraikan 6 di antara pilihan hotel terbaik yang ada di kawasan sekitar KLIA untuk anda. Senarai ini dipilih berdasarkan kualtiti servis, kemudahan serta keselesaan pelanggan mengikut standart yang telah ditetapkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Plaza Premium Lounge (Transit Hotel) KLIA2

1

2

Plaza Premium Lounge terletak di tinggkat 2, KLIA 2. Ini antara pilihan terbaik dan selesa buat anda mahu berehat dalam jangka masa singkat. Hotel ini menawarkan beberapa jenis pilihan bilik yang boleh ditempah mengikut jam. Anda boleh memilih untuk berehat bermula dari 4 jam, 6 jam atau 10 jam. Harga bergantung kepada jenis bilik. Semua bilik lengkap dengan kemudahan Wi-Fi, penghawa dingin, tempat mandi dan yang pasti sangat bersih.

Boleh tempah di sini.

2. Lepak Guest House

4

3

Buat anda yang travel bersama keluarga atau kumpulan dan mahu mencari penginapan pada harga lebih rendah, kami syorkan Lepak Guest House. Jarak antara homestay Lepak Guest House dan KLIA hanyalah 8 kilometer sahaja, kira-kira dalam 15 minit jika memandu. Kemudahan di sini lengkap seperti hotel yang lain. Ekstra, kemudahan dapur disediakan. Terdapat juga meja pool untuk hilangkan bosan. Harga sekitar RM50-RM80 semalam.

Boleh tempah di sini.

3. Bary Inn KLIA

5

6

Bary Inn antara hotel yang kami kelaskan sebagai hotel berpatutan. Jarak antara Bary Inn dan KLIA hanya 13 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 15 minit jika memandu kereta. Turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Wi-Fi, penghawa dingin, TV serta bilik mandi dengan air panas. Perkhidmatan airport transfer juga disediakan. Harga bermula serendah RM65 semalam.

Boleh tempah di sini.

4. Sri Packers KLIA

7

8

Jika anda mahukan penginapan ala-ala backpackers, Sri Packers Hotel pilihan paling ideal. Hotel ini menawarkan harga serendah RM70 untuk bilik jenis dormitory. Untuk backpackers wanita jangan risau, bilik lelaki dan perempuan berasingan. Kemudahan asas seperti Wi-Fi dan penghawa dingin disediakan.

Boleh tempah di sini.

5. City View Hotel, Sepang

9

10

Satu lagi plihan hotel yang baik berhampiran KLIA, iaitu City View hotel. Persekitaran hotel dan kebersihan bilik tidak menghampakan. Lengkap asas yang lengkap seperti hotel yang lain. Wi-Fi dan tempat letak kereta percuma diberikan untuk tetamu. Harga untuk satu malam boleh didapati serendah RM80 sahaja.

Boleh tempah di sini.

6. The YouniQ Hotel

11

12

13

Juga terletak dalam 13 kilometer dari KLIA iaitu kira-kira 15 minit pemanduan jika menaiki kereta. The YouniQ Hotel antara pilihan bagus, banyak kemudahan yang disediakan di sini. Antaranya dobi, mini gym, perkhidmatan airport transfer, kaunter tetamu 24 jam, Wi-Fi percuma dan kemudahan asas yang lain. Hotel dengan dekorasi yang cantik ini boleh ditawarkan pada harga serendah RM94 semalam.

Boleh tempah di sini.