Unik, itu apa yang kami boleh katakan apabila anda dapat melihat kucing daripada tingkap bilik anda di sebuah hotel di Jepun.

Hotel yang terletak di Osaka ini dikenali sebagai Neko Yokujo & Neko Hatago iaitu kombinasi sebuah hotel dan cafe berkonsepkan kucing. Pastinya peminat kucing akan suka dan teruja sepanjang penginapan mereka di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

nc-3

nc-5

nc-7

Anda boleh melihat kucing tersebut melalui tingkap bilik dan anda boleh tutup tingkap dengan menggunakan langsir jika ingin tidur. Selain itu, anda juga boleh bermain bersama kucing tersebut di cafe tersebut.

Dapat dilihat, dekorasi dalam hotel ini cukup cantik kerana pada dinding hotel ditampilkan wallpaper bercorak kucing. Untuk pengetahuan anda, hotel ini adalah hotel kapsul dan sebut tentang hotel kapsul pastinya anda kena berkongsi kemudahan yang ada.

nc-6

nc-10

nc-4

Lantaran itu, anda yang mungkin akan melancong ke Jepun tidak lama lagi boleh masukkan hotel ini dalam ‘bucket list’ anda. Untuk menempah penginapan ini, anda boleh buat tempahan di sini dan harga penginapan ini adalah 8,400 yen (~RM322) semalam.

Anda mungkin berminat untuk menginap di hotel yang berharga RM4.95 semalam di Jepun ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju

Tip Penting Buat Mereka Yang Pertama Kali Ke Jepun

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’

Sumber