Pelik tapi benar. Itu apa yang kami boleh katakan apabila ketahui sebuah hotel di Jepun tawarkan harga murah tetapi merakam aksi anda dalam bilik tersebut.

Pasti ada daripada anda berasa terkejut, bukan? Hotel yang terletak di bandar Fukuoka ini menawarkan harga murah iaitu 130 yen (~RM4.95) untuk satu malam setiap hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, jika anda bersetuju untuk menginap di sini, anda juga perlu membenarkan pihak hotel membuat liputan secara live di YouTube. Jadi, pengguna YouTube dapat melihat apa yang anda lakukan dalam bilik tersebut.

lr-7
Sumber: SoraNews24
lr-9
Sumber: SoraNews24

Wartawan SoraNews24 telah berkunjung ke hotel tersebut untuk melihat kesahihan perkara itu. Dapat dilihat rekaan bilik tersebut dalam keadaan yang baik dan seperti hotel-hotel di Jepun.

Pemilik hotel bertindak tawarkan bilik murah kerana bilik tersebut jarang disewa. Maka, untuk mengelakkan kerugian, bilik tersebut ditawarkan dengan harga yang sangat murah.

Screenshot 2019-11-13 at 9.58.06 AM
Sumber: YouTube One Dollar Hotel
Screenshot 2019-11-13 at 9.58.41 AM
Sumber: YouTube One Dollar Hotel

Anda boleh menonton video live di YouTube One Dollar Hotel. Sanggupkah anda tidur di hotel yang murah tetapi privasi anda dicerobohi seperti ini? Apakah pandangan anda mengenai bilik hotel tersebut?

Tahukah anda cara efektif kesan kamera tersembunyi di tempat penginapan anda? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

4 Cara Efektif Kesan Kamera Tersembunyi Di Tempat Penginapan Anda

‘Vending Machine’ Halal Pertama Di Jepun Turut Jual Produk Brahim’s

Tip Penting Buat Mereka Yang Pertama Kali Ke Jepun