Sebelum ini, Persatuan Hotel Malaysia telah mengumumkan bahawa hotel-hotel di Malaysia telah mengalami kerugian berikutan pembatalan lebih 90,000 tempahan hotel disebabkan oleh wabak coronavirus.

Hal tersebut pastinya membimbangkan untuk industri pelancongan di Malaysia. Justeru itu, Persatuan Hotel Malaysia mengambil langkah untuk menarik pelancong domestik bagi merancakkan industri pelancongan di Langkawi.

30162845-lgklc-bay-0982-hor-wide_article_1920x1200
Sumber: Langkawi-info.com

Difahamkan antara inisiatif yang ditawarkan adalah sebanyak 45 hotel di Langkawi bawah naungan persatuan tersebut akan memberikan tawaran diskaun sehingga 70 peratus bagi hotel tiga bintang dan ke atas.

Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau yang memiliki sejarah tersendiri, tempat menarik dan kaya dengan alam semula jadi untuk anda jelajahi. Bagi anda yang ingin melancong, mungkin anda boleh pertimbangkan ke Langkawi terutama sekali kini terdapat penawaran diskaun harga penginapan.

Daftar Agoda dan tempah hotel pilihan anda di Langkawi sekarang; https://bit.ly/320Omue

Apa kata anda baca artikel penginapan pilihan The Vocket di Langkawi pada pautan di bawah ini. Mana tahu anda terus ingin membuat tempahan selepas membaca artikel ini.

Lihat Rekaan Hotel The Ritz-Carlton Di Langkawi Yang Unik dan Elegan

Resorts World Langkawi Tawarkan Penginapan Lima Bintang Dengan Harga Mampu Milik

Dash Resort Langkawi Tawarkan Penginapan Berkonsepkan Kolonial Perancis

Sumber