Harga hotel di Mekah turun di paras paling rendah. Dilaporkan bahawa fenomena ini tidak pernah terjadi di musim Umrah, dengan harga bilik turun serendah USD$ 10 (RM40.00).

Difahamkan, hotel lima bintang dengan pemandangan Masjidil Haram di Mekah sudah bersiap-siap untuk menerapkan norma baharu dengan menawarkan diskaun yang berlipat ganda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kota suci bagi orang Islam ini memiliki lebih 1,400 hotel – ia merangkumi lebih dari dua pertiga sektor perniagaan di Arab Saudi. Hotel-hotel ini terkenal dengan harga yang mahal sekitar musim Haji dan Umrah, namun saat ini, hotel berhampiran Masjidil Haram turun kepada USD$ 77 – USD$ 187 (RM320.00 – RM776.00)

Menteri Haji dan Umrah, Dr. Mohammed Saleh Benten melalui ciapannya telah mengucapkan terima kasih kepada hotel-hotel di sekitar Mekah kerana menawarkan harga yang luar biasa bagi menarik kembali pengunjung ke Mekah.

Abdullah Filali, ketua jawatankuasa hotel di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Mekah, mengatakan kepada Arab News bahawa promosi yang ditawarkan ini adalah sebahagian daripada langkah untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan di negara terbabit.

Manakala pengurus salah satu hotel, Fadel Munqal, ketika ditemubual mengatakan bahawa kerajaan Arab Saudi bersedia untuk melayani umat Islam yang berkunjung ke tanah suci dengan menerapkan sistem keselamatan yang tinggi untuk para jemaah.

Untuk rekod, Arab Saudi telah mencatatkan lebih 300,000 kes COVID-19 dan lebih 4,000 kematian.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ini Kisah Tiga Sahabat Dari Kelantan Ke Mekah Dengan Motosikal Yang Mencuri Perhatian Ramai

‘Sponsor’ Pekerja Ke Mekah, Rupanya Ini Identiti Sebenar Lelaki Cina Yang Tular Di TikTok

Pasangan Ini Pilih Pandu ‘Unta Kurus’ Sejauh 12,544KM Dari Shah Alam Ke Mekah Untuk Tunai Haji

Sumber