Sekarang bukan zaman batu lagi mahu tinggal di dalam gua, tapi kalau ada gua yang selesa untuk didiami kenapa tidak? Gua yang bakal anda lihat ini pasti membuatkan anda mahu tingal terus di dalamnya.

Gua yang kami maksudkan ini ialah gua yang terletak di Matera, Itali. Gua ini merupakan gua kuno yang berusia ribuan tahun umurnya. Di sekeliling gua ini terdapat rumah-rumah yang telah dibina sejak ratusan tahun dahulu, sekaligus menjadikan tempat ini menarik untuk dikunjungi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekarang, gua ini dikenali dengan nama La Dimora di Metello yang kini merupakan sebuah hotel mewah di Itali.  Idea untuk membangunkan hotel dari gua ini dicetus oleh dua beradik, Alfredo dan Marina iaitu pemilik kepada Manca Studios.

Gua yang diubah suai menjadi hotel ini mempunyai 4 buah bilik tidur. Walaupun bertempat di dalam gua, bilik-bilik ini direka khas dan sangat selesa untuk didiami. Setiap bilik berkeluasan 975 meter persegi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Interior yang berkonsepkan moden ditambah pula pencahayaan yang baik menampilkan lagi ciri-ciri eksklusif pada hotel ini. Selain itu, hotel ini juga turut menawarkan perkhidmatan tambahan seperti kafe dan spa untuk pelanggan mereka.

Hotel gua unik, La Dimora di Metello yang terletak di selatan Itali ini kini dimasukan di dalam senarai warisan dunia UNESCO. Jika mahu rasa nikmat tidur di dalam gua, anda patut cuba hotel ini jika berkunjung ke Itali.

3

4

5

6

7

Buona giornata!