Nampaknya ini merupakan pengakhiran hotel bertaraf 3 bintang milik UiTM Holdings Sdn Bhd setelah 30 tahun beroperasi. Pusat Konvensyen dan Resort Intekma (IRCC) yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam akan ditutup sepenuhnya menjelang akhir Mac ini dan akan dijadikan tempat peninapan pelajar selama 3 tahun.

Pastinya buat anda yang pernah melangsungkan resepsi perkahwinan anda di sini akan kehilangan tempat memori indah anda menjadi raja sehari. Untuk pengetahuan anda, hotel ini merupakan lokasi popular untuk mengadakan majlis perkahwinan Melayu pada masa dahulu dan pelbagai event.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BUPDqbgFU0M/

Malangnya hotel ini terpaksa ditutup berikutan berdepan masalah pengurusan dan kewangan sejak 4 tahun lalu.Industri perhotelan dan hospitaliti kini berdepan masa mencabar, terutama di kawasan Shah Alam.

Menurut UiTM Holdings Sdn bhd, aset dan kemudahan sedia ada di bangunan 5 tingkat itu akan dijadikan tempat penginapan pelajar bagi UiTM Private Education Sdn Bhd. Akan tetapi, penutupan IRCC tidak akan menjejaskan latihan amali pelajar jurusan perhotelan dan hospitaliti UiTM kerana ia bukannya pusat latihan.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber