Sejak wabak COVID-19 mulai menyerang, dapat dilihat bukan sahaja kesihatan orang ramai yang terjejas malah wabak ini turut memberi kesan besar kepada beberapa industri serta ekonomi dunia.

Terbaharu, dilaporkan beberapa hotel mewah berstatus lima bintang di Kuala Lumpur sudah mulai diiklankan di laman atas talian untuk dijual berikutan terkesan dengan pandemik COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut pengarah eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia, Shaharuddin M Saaid, pemilik-pemilik hotel sudah mulai bersedia untuk menjual hotel milik mereka berikutan penurunan pelancong yang menginap sejak beberapa bulan terakhir ini.

13170848-untitled-design-32_cover_1920x1200
Sumber: Tatler Malaysia

Berdasarkan senarai jualan pada laman iProperty, hotel dengan status lima bintang sudah mulai djual bermula daripada harga RM350 juta sehingga RM1.7 bilion bergantung kepada lokasi.

Difahamkan kehadiran wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan besar kepada industri pelancongan dan perhotelan. Lebih parah, wabak ini bukan sahaja menyekat warga tempatan untuk melancong malah pelancong dari luar negara juga turut memberi impak besar

Selain kehadiran wabak COVID-19, pertambahan bilik dan rumah yang menjanlankan servis seakan Airbnb antara yang turut memberi kesan kepada industri perhotelan.

KUA_146_original
Sumber: fourseasons

Setakat ini, dilaporkan sudah lebih 20 hotel sudah mulai ditutup bagi mengelakkan daripada tanggungan kos operasi yang tinggi pada bulan-bulan mendatang.

Melihat kepada keadaan semasa dimana wabak COVID-19 masih lagi aktif di sejumlah besar negara-negara lain, kemungkinan besar industri hotel perlu mengambil masa yang lebih lama untuk kembali beroperasi secara aktif seperti sebelum-sebelum ini.

Genting Malaysia juga dilaporkan sedia mengurangkan kos operasi dengan membuang pekerja serta menstruktur semula operasi.  

Berdepan Kerugian Kerana COVID-19, Genting Malaysia Bakal Buang Pekerja Dan Struktur Semula Operasi

Jazz Hotel Di Pulau Pinang Muncul Hotel Terawal Negara Ditutup Berikutan COVID-19