Empat tahun sahaja lagi sebelum hotel yang pertama seumpamanya dibuka kepada orang ramai. Hotel mewah yang diberi nama Aurora Station ini dijangka akan dibuka pada tahun 2022.

Hotel tersebut akan memuatkan enam orang termasuk dua orang pekerja dalam satu-satu masa. Tetamu akan berpeluang untuk mengembara selama 12 hari ke angkasa lepas. Hotel ini akan bergerak mengelilingi bumi setiap 90 minit yang akan memberikan peluang kepada tetamu untuk menyaksikan 16 kali matahari terbit dalam sehari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

aurora

Menurut Frank Bunger, pengasas idea ini mereka mahukan semua orang berpeluang untuk meneroka angkasa lepas. Tambahnya lagi para tetamu akan menikmati penginapan sambil merasai sendiri pengalaman sebagai seorang angkasawan dengan keadaan sifar graviti selama dua minggu.

Anggaran harga untuk anda menginap di sini adalah USD9.5 juta (~RM36.7 juta) atau bersamaan $791,666 (~RM3 juta) untuk satu malam. Mungkinkah ada insan yang akan mencatat sejarah sebagai warganegara Malaysia yang pertama menginap di sini?

Sumber