Sekiranya anda pernah berkunjung ke Jepun atau rangkaian kedai Muji di Malaysia kami yakin anda cukup kenal dengan kepelbagaian produk yang ditawarkan. Bermula dengan cokelat sehinggalah kepada alatan dapur semuanya ditawarkan oleh syarikat ini.

Pada kali ini, syarikat yang hampir mencecah empat dekad operasi ini bakal melebarkan bisnes mereka dengan membuka sebuah hotel yang memfokuskan kepada rekaan minimalis dan simplicity. Lokasi yang dipilih Muji untuk membuka hotel pertama mereka adalah Shenzhen, China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: JuiceOnline

Hotel ini berjaya menyertakan 79 bilik khusus buat para pengunjung. Apa yang membuatkan hotel ini menarik adalah penyediaan kesemua produk daripada Muji dimana syarikat ini sekaligus berjaya mempromosikan barangan keluaran mereka kepada pengguna. Sebuah idea cross marketing yang baik daripada Muji.

Penawaran beberapa fasiliti lain seperti gym, restoran dan bar turut ditawarkan buat mereka yang tidak menginap di hotel.

LOBBY

muji-hotel-shenzhen-room-homepage

muji-hotel-shenzhen-2

6355b3d9ly4fnkid6qp86j21400u0k07

Kesemua barangan yang ditawarkan adalah daripada Muji

Buat anda yang bakal berkunjung ke Shenzhen, China mungkin ini pilihan hotel yang anda boleh cuba. Menawarkan hotel premium dengan harga mampu milik antara dijanjikan Muji.

Sumber