Terkenal sebagai destinasi pelancongan yang popular dikalangan pengembara Malaysia, Bangkok, Thailand sekali lagi hadir dengan idea baharu yang unik iaitu hostel berkonsepkan penjara. Walaupun hostel berkonsepkan penjara ini bukanlah yang pertama di dunia, tetapi ianya adalah yang pertama di Thailand. Nah, berita baik buat anda. Nak rasa pengalaman rare tidur dalam penjara tak perlu jadi jahat atau pergi jauh, dekat Thailand pun ada.

Hostel berkonsepkan penjara ini diberi nama Sook Station. Terletak di Sukhumvit, Jalan Bangna, Bangkok, hostel ini merupakan idea oleh sepasangan suami isteri Sittichai Chaivoraprug dan Piyanat Teekavanich. Menurut mereka, hostel ini sengaja direkabentuk seakan penjara supaya tetamu yang datang dapat merasakan pengalaman lebih unik berbanding hostel lain yang ada di Bangkok.

11

Sumber: Booking.com

12

Sumber: Booking.com

Terinspirasi dari filem The Shawshank Redemption (1994), hostel ini direkabentuk hampir sama seperti tempat tinggal banduan. Pintu besi berwarna hitam, tingkap kecil yang menyebabkan tidak banyak cahaya yang dapat masuk dan lebih real, tetamu juga akan diberikan set pakaian berbelang hitam putih seperti pakaian banduan.

Untuk menghidupkan suasana ‘banduan’, tiada tandas mahupun bilik air disediakan di dalam bilik malah anda perlu berjalan sendiri ke bahagian atap untuk mengunakan kemudahan tersebut. Apa yang boleh dikatakan, mencuba sendiri pengalaman unik tidur ditempat banduan seperti ini memang tidak wajar dilepaskan.

13

Sumber: Booking.com

14

Sumber: Booking.com

15

Sumber: Booking.com

17

Sumber: Booking.com

Lebih menarik, kadar penginapan untuk semalam tidak sampai RM110. Anda yang merancang ke Thailand dan teringin cuba terus tidur di sini bolehlah membuat tempahan awal di laman Booking.com di sini.

Baca juga: 10 Sebab Kenapa Perkhidmatan Bas Di Thailand Lebih Baik Berbanding Di Negara Kita

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤