Di Malaysia terdapat banyak hotel dengan rekaan yang unik dan mempunyai signiture tersendiri, termasuklah sebuah hotel ini yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

Hotel Butik 4 Bintang yang diberi nama RED by Sicorcco ini telah dinobatkan sebagai hotel dengan lukisan mural tertinggi di Malaysia oleh Malaysia Book of Records. Ini secara tidak langsung menjadikan hotel ini salah satu mercu tanda dan tarikan terbaru di kotaraya ini.

Mural yang cantik lagi gah ini dihasilkan oleh seorang pelukis grafiti dari Sabah yang bernama Kenji Chai. Artis grafiti ini mengambil masa 10 jam untuk mengecat mural tersebut setiap hari dan menyiapkannya dalam masa kurang daripada sebulan.

Menurut Kenji, beliau ingin mempersembahkan budaya Malaysia yang unik dan pelbagai melalui mural beliau ini. Mural yang diberi judul Courage To Dream ini memaparkan seorang wanita Dayak, flora dan fauna yang terdapat di Malaysia serta makanan tempatan di negara ini.

Sumber: Malaysian Flavours Photography

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif hotel tersebut,  Datin Lea Chan berkata ini merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh pihaknya bagi meraikan seni tempatan.

“Kami percaya dengan bakat artis tempatan dan itu menjadi penyebab mengapa kami memutuskan untuk bekerja dengan Chai bagi menghasilkan mural tersebut” katanya kepada The Star.

Sumber: Facebook Auzan Auz

Hotel 25 tingkat ini terletak di Menara M101 Dang Wangi, Jalan Kamunting. Kedudukannya yang strategik dan berhampiran dengan tempat tarikan utama di Kuala Lumpur seperti KLCC, Petaling Street, Nu Sentral dan Pavilion membuatkan hotel tersebut sering dikunjungi oleh pelancong.

Terdahulu, seorang artis lukisan dengan selamba makan karya seni bernilai RM499,00 di Art Basel Miami menjadi tular di media sosial. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Lihat Artis Ini Dengan Selamba Makan ‘Karya Seni’ Bernilai RM499,000

Netizen Keliru Mengapa Gambar ‘Blur’ Ini Terpilih Sebagai Pemenang Nikon Photo Contest

Lelaki Ini Kecewa Karya Seni Dirosakkan Krew Produksi Drama