Ketika ini, tiada larangan untuk anda merentas daerah dan negeri. Sudah pastinya, selepas terperuk lama di rumah maka anda mahu ‘staycation’ atau melancong ke destinasi-destinasi pilihan anda.

Terbaharu, Hotel Seri Malaysia menawarkan promosi bilik RM1 untuk malam ke-2 anda menginap di hotel tersebut bagi setiap tempahan penginapan malam pertama pada kadar RM188.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

129979566_3543078019095310_3803717760210319482_n

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan mengatakan bahawa pakej promosi hotel di bawah kementerian tesebut akan tamat pada 31 Disember 2020 ini. Pakej termasuk sarapan pagi untuk dua orang dan potongan 20% untuk jumlah keseluruhan bil makan dan minum.

Menurut Datuk Seri Nancy Shukri, promosi itu adalah inisiatif hotel berkenaan untuk menggalakkan percutian dalam negara dengan amalan norma baharu seiring dengan Kempen Penyemarakan Pelancongan Domestik yang dilancarkan oleh kementerian sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Hotel Seri Malaysia dan untuk membuat tempahan, anda boleh e-mel di sini. Jangan lupa amalkan SOP ketika bercuti!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan tempat penginapan pada pautan di bawah ini.

Penat Kerja Dari Rumah, Ini 5 Hotel Di Kuala Lumpur Tawar Pakej ‘Work From Hotel’ Serendah RM19

Unik Dan Kreatif, AnCasa Hotel Perkenalkan Pakej ‘Work From Hotel’ Serendah RM99