Nampaknya pihak Lionsgate all out bagi mempromosikan filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum. Pada 10 Mei depan, hotel The Continental akan dibuka untuk satu masa terhad di bandar New York.

Peminat yang bertuah bakal menerima layanan seperti mana John Wick dilayan di dalam filem berkenaan. Satu laman rasmi untuk menempah tinggal di hotel ini telah dibuat namun butiran lanjut tentang hotel ini masih belum diumumkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Continental Hotel

Lokasi hotel yang berkemungkinan besar berada di kawasan Brooklyn akan dihias sama seperti The Continental yang anda tonton di dalam filem John Wick. Untuk mencuba nasib membuat tempahan di Continental Hotel ini, anda boleh buat tempahan di sini. Tetapi penerbangan ke New York anda kena tanggung sendiri sekiranya terpilih.