Selepas hangat diperkatakan di media sosial mengenai dakwaan wujudnya penyediaan pusat kuarantin yang bertaraf dua darjat, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.
Menurutnya beliau, kerajaan telah menetapkan 45 hotel untuk dijadikan pusat kuarantin dan pihak mereka juga hanya membayar sebanyak RM150 sehari sahaja kepada pihak hotel.
#putrajaya Kerajaan ingin menjelaskan 45 hotel bertaraf tiga bintang ke atas yang diwartakan pusat kuarantin yang mana kerajaan menanggung kos untuk bilik dan makan terhad RM150 sehari manakala selebihnya ditanggung individu.https://t.co/5kMlWP5lhI
— Harian Metro (@hmetromy) April 7, 2020
“Jika ada individu yang mahu tinggal di hotel bertaraf empat atau lima bintang boleh berbuat demikian dengan syarat hotel berkenaan dalam senarai 45 hotel yang diwartakan dan kos sepenuhnya ditanggung sendiri,” katanya.
Mereka yang dikuarantin di hotel-hotel ini juga menurut beliau tidak dibenarkan untuk memilih hotel selain daripada yang telah diwartakan sebagai pusat kuarantin.
“Pasukan petugas khas ditempatkan di semua pusat kuarantin yang telah diwartakan.
“Mereka yang menjalani perintah kuarantin wajib tidak dibenarkan keluar dari hotel. Keluarga dan tetamu juga tidak dibenarkan melawat mereka,” jelasnya.
Berikut adalah video pendek daripada sidang media harian yang dikendalikan Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob yang menjelaskan mengenai perkara itu.
COVID-19 | Hotel Jadi Pusat Kuarantin?
Pihak MKN sedar dakwaan hotel sebagai pusat kuarantin yang tular di media sosial dan ini jawapan terhadap isu tersebut.
Video: Ihsan RTM pic.twitter.com/q5dC0N8WpY
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) April 7, 2020
Sebelum ini timbul pertikaian dalam kalangan netizen selepas ada sebahagian daripada individu dikuarantin membuat kiriman yang menunjukkan keadaan hotel yang dikatakan ‘agak mewah’ sebagai pusat kuarantin. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Perbezaan ‘Antara Dua Darjat’ Fasiliti Kuarantin Cetus Pertikaian Netizen
Doktor Veterinar Ini Beri Penjelasan Mengenai Kemungkinan COVID-19 Berjangkit Melalui Haiwan
Kenapa Kita Harus Bersyukur Dengan Cara Pengendalian COVID-19 Di Malaysia
- SUMBER
- Youtube KiniTV
- Malaysiakini