Siapa yang ke House Of Vans (HOV) di 2 Hang Kasturi, Kuala Lumpur tahun lalu pasti tahu kemeriahannya di samping aktiviti menarik yang anda boleh sertai sepanjang hari di sana.

House Of Vans akan kembali untuk edisi 2019 Sabtu ini dan akan berlangsung di SENTUL Depot Kuala Lumpur. Kawasan seluas 55,000 kaki persegi ini nanti akan diubah secara total untuk memberi pengalaman hebat untuk semua yang hadir.

Pelbagai aktiviti akan berlangsung Sabtu nanti antaranya APAC Shop Riot Finale (pertandingan skate), Street Market oleh artis tempatan dan tayangan dokumentari khas (MASA, Masdo Ke Jalan Abbey & video khas tour Pa’din Musa).

Tidak dilupakan seperti juga tahun-tahun yang lalu, konsert khas HOV bakal menampilkan artis ternama tanah air antaranya Mafidz (pemenang Vans Musicians Wanted), Sweetass, Pitahati, The Venopian Solitude, Lil Asian Thiccie, Masdo dan Hujan. Hujan sebelum ini pernah menggegarkan pentas HOV pada tahun 2017 dan memberi persembahan yang sangat bertenaga.

House Of Vans Kuala Lumpur 2019
Tarikh: 21 September 2019 (Sabtu)
Masa: 2PM – 12AM
Lokasi: Sentul Depot, Kuala Lumpur

Jadi, lapangkan Sabtu anda dan jom ke Sentul Depot untuk merasai semangat ‘Off The Wall’ yang dibuat setahun sekali ini. Masuk adalah percuma dan pintu ke acara ini dibuka pada jam 2 petang. Untuk maklumat lanjut ke acara ini, boleh tekan di sini.

Jangan lupa juga untuk sertai workshop Vans Custom Culture di House Of Vans nanti. Jika anda terpilih sebagai pemenang, rekaan anda bakal dijual di butik Vans serta menang hadiah wang tunai RM100,000! Baca lagi tentang Vans Custom Culture di bawah.

Vans Lancar Pertandingan ‘Global Custom Culture’ Dengan Hadiah RM100,000

Vocket Visits: Jelajah Dunia ‘House Of Vans’ Di Ibu Kota