Bagi pencinta kucing, semestinya telatah Si Comel anda sentiasa menjadi penghibur anda. Oleh itu, ramai yang memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan.

Terbaharu, perkongsian video di TikTok @amindanish1990 menunjukkan telatah kucingnya yang mengikuti perintahnya pulang ke rumah mendapat perhatian netizen. Sebenarnya, dekorasi rumahnya yang menjadi perhatian bukannya gelagat kucingnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@amindanish1990

Kali ni mudah panggil brown masuk rumah. Kalau tidak satu bangunan dengar suara bapak 😂 sebab apa? Brown masuk rumah jiran 🤪

♬ original sound – Amin Danish – Amin Danish

Rata-rata netizen mahu Amin Danish memuat naik video ‘house tour’ disebabkan terpegun melihat rumah apartment biasa tetapi dalam cantik seperti kondominium mewah. Bukan itu sahaja, ramai yang memuji hasil tangan Amin menghias rumahnya itu.

oyen2

oyen3

oyen1

Saat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 40 ribu likes. Amin Danish ketika dihubungi The Vocket, beliau mengambil masa setahun untuk berjaya menghasilkan dekorasi secantik.

Bagi anda yang mahu melihat dekorasi rumah Amin yang tampil moden dengan sentuhan warna hijau ini, mari lihat gambar ruangan rumahnya. Jom!

photo_2021-01-25_14-27-07

photo_2021-01-25_14-27-12

photo_2021-01-25_14-27-16

photo_2021-01-25_14-27-20

photo_2021-01-25_14-27-24

Semoga perkongsian ini akan memberikan inspirasi buat anda yang mahu mencantikkan ruangan dalam rumah anda.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dekorasi rumah yang mungkin boleh jadi inspirasi untuk anda pada pautan di bawah.

Bekas Pekerja IKEA Ini Kongsikan Rekaan ‘Showroom’, Ini Inspirasi Untuk Dekorasi Rumah Idaman Anda

5 Tahun Simpan Duit, Lihat Transformasi Bilik Kecil Menggunakan Barang IKEA Bermodalkan RM5,000

20 Idea Bilik Kecil Untuk Tampil Kreatif Dan Menarik