Berikutan dengan ketegangan dalam industri perdangangan di antara Beijing dan Washington, beberapa syarikat besar kini sedang dalam perancangan untuk memindahkan kilang produksi dari China. Antara syarikat yang merancang untuk memindahkan kilang pengeluaran ialah HP, Dell, Microsoft dan Amazon.

Menurut laporan Nikkei, HP dan Dell bakal memindahkan hampir 30% proses pengilangan produk dari China ke pusat pengilangan yang lain. Pemindahan ini disebabkan oleh dasar perdagangan baharu antara dua negara besar ini apabila Amerika Syarikat menaikkan tarif 25% untuk barangan yang dikilangkan di China dengan nilai $200 bilion (~RM826.88 bilion).

78949845_826897277781450_2155897305031068250_n
HYPE
Cinta Orang Bunian Dengan Manusia Adaptasi Drama ‘Black’ Ini Bakal Buat Penonton Teruja
Baca lagi →

dell

Selain itu, beberapa syarikat besar seperti Microsoft, Google, Amazon, Sony dan Nintendo juga sedang merancang untuk memindahkan aktiviti pengilangan konsol dan smart speaker ke negara lain.

Anda Mungkin Suka