HP Malaysia mengumumkan secara rasmi outlet fizikal baharu paling lengkap mereka iaitu HP Experience Hub (X-Hub) yang terletak di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Outlet ini menyediakan perkhidmatan jualan dalam talian dan luar talian (online-to-offline, O2O) untuk para pelanggan yang membenarkan mereka untuk mencuba pelbagai produk HP secara fizikal.

HP melancarkan Experience Hub ini selepas melihat trend pengguna yang mahukan pengalaman lebih personal sebelum membeli sesuatu produk. Dalam 24 bulan lalu, cara pengguna bekerja dan bermain juga sudah berubah dan wujud peluang untuk jenama memberikan pendedahan terbaik terhadap produk mereka kepada pelanggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paling menarik outlet ini bakal mempunyai beberapa stesen ‘Test Drive’ di mana ia ‘meniru’ persekitaran dan aktiviti yang mungkin dilakukan pengguna sewaktu menggunakan produk HP di rumah.

Test Drive ini dibahagikan kepada stesen Premium untuk peranti tercanggih, stesen Gaming untuk komputer dan monitor gaming, stesen Commercial untuk peranti perniagaan serta stesen Print untuk peranti percetakan.

dekorasi meja persis di rumah
‘layout’ Meja produk gaming premium Omen by hp
kaunter untuk baiki produk HP anda

Kafe khas turut disediakan di HP Experience Hub untuk pelanggan relax untuk berfikir sebelum mencuba atau membeli produk HP yang ada. Para pelanggan juga boleh menghantar peranti HP mereka untuk dibaiki atau menghias peranti HP mereka dengan ukiran atau cetakan khas.

Sekiranya anda tidak berpeluang untuk ke sini, anda boleh menggunakan khidmat HP Live Advisors. Ia adalah perkhidmatan secara video call atau mesej untuk anda bertanya tentang produk terkini HP yang dijual di Malaysia.

Buat anda yang mahu test drive kemampuan setiap produk yang ditawarkan ke oleh HP, boleh terus ke Experience Hub Pavilion Bukit Jalil (level 4), Kuala Lumpur nanti.

Ini set kabel pelbagai fungsi yang sesuai untuk anda miliki dan sangat berguna di waktu kecemasan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Serba Lengkap Dan Berbaloi, Set Kabel Pelbagai Fungsi Ini Pastinya Memudahkan Aktiviti Seharian Anda

Kes Curi Elektrik Untuk Lombong Bitcoin Meningkat 400%, Akibatkan Kerugian RM2.4 Bilion

Harga Pelekat RFID Mungkin Akan Dikurangkan Selepas Perbincangan LLM Bersama PLUS