Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

HTC bukanlah nama yang asing lagi di dalam arena telefon pintar. Tambahan pula, HTC merupakan antara yang terawal menggunakan sistem operasi Android.

Kedatangan telefon-telefon pintar dari China telah menyebabkan telefon HTC tenggelam berikutan spesifikasi yang kurang memuaskan serta harga yang premium.

HTC pada hari esok, HTC bakal mengumumkan telefon pintar flagship terbaru mereka yang akan dinamakan sebagai HTC 10.

htc10-1

Rekabentuk telefon pintar terbaru HTC ini juga kerap tertiris sebelum hari pelancaran dimana menampakkan HTC bakal menyertakan pengimbas cap jari di bahagian telefon pintar.

Berdasarkan beberapa sumber, HTC 10 akan disertakan dengan skrin QHD 5.2-inci, Snapdragon 820 SoC, 4GB RAM serta sokongan HTC Sense 8.0. HTC 10 juga akan hadir dengan port USB Type-C, Boomsound dan pengimbas cap jari

Video rekabentuk HTC 10 dengan lebih jelas nampaknya keluar dengan lebih awal sebelum pelancaran yang dijadualkan akan diumumkan esok.