Setiap tahun, hampir semua penggemar telefon pintar menantikan telefon pintar flagship yang bakal dikeluarkan oleh syarikat-syarikat besar seperti Samsung, HTC dan Sony.

Meskipun dengan kehadiran lambakan telefon pintar dari China sedikit sebanyak merencatkan penjualan telefon pintar syarikat-syarikat besar ini, boleh dikatakan Samsung, HTC dan Sony antara yang masih konsisten untuk memberikan nilai yang eksklusif buat penggunanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilaporkan telefon pintar baru daripada HTC ini akan dinamakan sebagai HTC 10 dan bukanlah HTC One M10 yang dijangkakan akan menjadi kesinambungan buat siri HTC One.

Berdasarkan ura-ura yang dilaporkan, kami boleh katakan rekabentuk kemungkinan besar sangat tepat berikutan rekabentuk yang ditampilkan hampir sama yang dengan rekabentuk yang diumumkan HTC.

Cb_4xgpXIAA5MwU

Berikut merupakan ura-ura rekabentuk HTC 10 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi yang dikeluarkan EVleaks semalam.

CctlCzJXIAAInqV

Bagi pendapat saya yang meminati rekabentuk HTC yang sentiasa tampil dengan rekaan material yang premium dan selesa dipegang, rekabentuk HTC 10 terbaru ini sedikit mengecewakan saya memandangkan tiada lagi dwi-speaker di bahagian hadapan telefon.

Dari segi prestasi, tidak banyak yang boleh kami ulas berdasarkan gambar yang dikeluarkan ini cuma apa yang boleh kami katakan, kami tidak sabar untuk menguji telefon pintar ini.

CctlDhDW4AE47m6 (2)

HTC 10 berjaya mendapatkan markah tertinggi di dalam kategori telefon pintar apabila mencatatkan markah 109936 iaitu hampir 25k lebih daripada Samsung Galaxy Note 5 yang diakui mempunyai kuasa pemprosesan yang sangat baik.

Saya merasakan cabaran terbesar HTC untuk menguasai semula takhta telefon pintar terbaik bergantung kepada kualiti kamera. Dikatakan HTC 10 bakal hadir dengan kamera 12 megapixel di bahagian belakang serta tidak lagi menggunakan kamera ultrapixel seperti model-model sebelum ini.

Setakat ini belum ada tarikh khas yang diumumkan dari pihak HTC untuk pelancaran telefon pintar terbaru mereka. Berdasarkan beberapa info yang didapati kemungkinan HTC One 10 ini akan diumumkan sekitar April 2016 dan akan mula dijual pada May 2016.

Sumber